TAJUK:
Sejarah Tokoh Agama Di Kariah Anda
Dato' Paduka Ustaz Hj Nik Abdul Kadir Bin Nik Mohamad
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551
Siti Nur Ain Bt Mohd Adnan
No Matrik : 2010808336
Kumpulan: ASB1Ag
PROGRAM:
PROGRAM:
Sarjana Muda Sains (Kepujian)
Kimia Gunaan(AS225)
TARIKH HANTAR:22.10.2010
ISI KANDUNGAN
1. Isi kandungan
2. Abstrak
2. Pendahuluan
2.1 Riwayat hidup
3. Huraian
3.1 Jawatan yang disandang dan sumbangan
3.2 Pengalaman bekas pelajar beliau
3.2 Pengalaman bekas pelajar beliau
4.Cadangan
5. Penutup
6. Bibliografi
7. Lampiran
ABSTRAK
Tokoh merupakan orang kenamaan,orang terkemuka, terkenal,pakar,arif, dalam sesuatu bidang. Agama ialah pegangan hidup sesorang kepercayaan kepada tuhan. Tokoh agama pula bermaksud seseorang yang arif dalam ilmu agama dan menjadi tempat rujukan bagi sesorang yang mempunyai masalah tentang agama mahupun yang ingin menambah pengetahuan tentang agama islam.
PENDAHULUAN
Dato' Paduka Ustaz Hj Abdul Kadir bin Hj Nik Mohamad atau lebih di kenali sebagai ustaz Nik Dir merupakan tokoh agama yang terkenal di Kelantan. Beliau berumur 68 tahun. Beliau telah berumah tangga dan dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu 4 orang putera dan seorang puteri. 3 daripada 5 orang anaknya merupakan lepasan Universiti Al azhar manakala 2 orang lagi kini menuntut di Universiti Malaya.
Pendidikan awal
Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah pasir pekan. Setelah itu beliau bersekolah di Sekolah Menengah Arab, Kota Bharu,Kelantan. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Al azhar,Mesir. Setelah pulang dari Mesir, beliau menjadi guru di Sekolah Menengah Agama Falahiah di Pasir Pekan,Kelantan. Kemudian beliau mengajar di Sekolah Maahad Muhammadi di Kota Bharu dan seterusnya menjadi mudir (pengetua) di sekolah tersebut.
HURAIAN
Jawatan Yang Disandang & Sumbangan
Dato' Paduka Ustaz Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mohamad merupakan seorang ulama' negeri Kalantan dan beliau juga merupakan pengerusi Masjid An Nur di Kota Kubang Labu. Beliau juga pernah mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Kelantan pada tahun 2009. Selain itu beliau juga dianugerahkan gelaran berpangkat Dato' oleh Tengku Mahkota Kelantan iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada 31 MAC 2010 iaitu pada hari keputeraan tuanku yang kini merupakan Sultan Kelantan.
Antara sumbangannya ialah beliau telah menubuhkan Masjid An Nur di Kota Kubang Labu. Selain itu beliau juga mahir dalam penulisan khat.

Pengalaman Bekas Pelajar Beliau
Semasa saya memasukki Maahad Muhammadi di Jalan Merbau, Ustaz Nik Dir telahpun menjadi mudir di sekolah tersebut, dan beliau mula mengajar saya sama ada di tingkatan 2 atau 3. Sebelum itu saya hanya melihat dan menilai mudir ini dari jauh dan amat menghormati cara beliau yang benar-benar menampakkan beliau sebagai seorang ilmuwan yang 'amilin. Di tingkatan 2 dan 3, beliau hanya mengajar subjek Khat, satu subjek yang langsung saya tidak minat (tangan kidal ini tidak ada seni langsung). Saya lebih meminati subjek Imlak (dictation) yang 'alternate' dengan subjek Khat, dan biasanya saya akan 'score' full mark untuk subjek Imlak ini (atau mungkin kerana saya begitu suka kepada Ustaz Fakhri yang suka bercerita, yang ceritanya masih saya ingat hingga sekarang - cerita Habannaqah, Sinimmaar dan lain-lain). Ustaz Nik Dir amat berbakat dalam bidang Khat, dan khabarnya ini diwarisi oleh anak-anak beliau. Banyak tulisan khat di dinding sekolah Maahad Muhammadi masa itu ditulis oleh Ustaz Nik Dir.
Tempoh pembelajaran yang saya lalui di Maahad Muhammadi adalah satu masa yang amat saya hargai, di mana di masa itulah keperibadian terbentuk. Dengan dikepalai oleh Ustaz Nik Dir yang penuh sifat tawadhu' dan disokong oleh guru-guru yang ikhlas (Cikgu Asma', Cikgu Lah, Ustazah Maryam, dan lain-lain), tempoh pembelajaran ini adalah tempoh paling 'pure' dalam hidup saya. Di masa itu, saya mampu menghafaz surah Yasin dalam masa 40 minit period AlQuran, dan saya mampu menghafaz semua ayat-ayat dalam buku Mahfuzaat, sama ada kata-kata para hukama' ataupun syair Arab.
Penutup
Satu ucapan tahniah yang sedikit lewat untuk Ustaz Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, bekas mudir (pengetua) Sekolah Maahad Muhammadi Kota Bharu kerana telah dianugerahkan gelaran Dato' oleh Pemangku Sultan Kelantan pada 31 Mac lepas. Pada mulanya saya agak terkejut bila mengetahui yang Ustaz Nik Dir yang saya kenali sebagai seorang yang tawadhu' dan 'low profile' ini terpilih untuk mendapat anugerah Dato'. Tetapi bila melihat kepada senarai yang mendapat anugerah di Kelantan tahun ini, saya dapat memahami yang Pemangku Sultan Kelantan ini lebih cenderung ke arah memartabatkan ilmuwan dan para ulama', Daulat Tuanku.
Satu ucapan tahniah yang sedikit lewat untuk Ustaz Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, bekas mudir (pengetua) Sekolah Maahad Muhammadi Kota Bharu kerana telah dianugerahkan gelaran Dato' oleh Pemangku Sultan Kelantan pada 31 Mac lepas. Pada mulanya saya agak terkejut bila mengetahui yang Ustaz Nik Dir yang saya kenali sebagai seorang yang tawadhu' dan 'low profile' ini terpilih untuk mendapat anugerah Dato'. Tetapi bila melihat kepada senarai yang mendapat anugerah di Kelantan tahun ini, saya dapat memahami yang Pemangku Sultan Kelantan ini lebih cenderung ke arah memartabatkan ilmuwan dan para ulama', Daulat Tuanku.
Saya amat menghormati beliau yang saya kenali sebagai seorang yang pendiam tetapi cukup tegas. Ustaz Nik Dir berjaya 'command respect' dari semua yang di bawahnya dari golongan guru hinggalah ke kalangan para pelajar. Murid yang dari golongan 'gedebe' pun akan merasa segan dan 'malu alah' dengan beliau.
Sebagai kesimpulannya, untuk mencapai sesuatu kejayaan bukan mudah ia memerlukan daya usaha yang tinggi dan kesabaran Bak kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih.Kita patut berusaha untuk memajukan diri kita.
وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ
(Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan) -AtTaubah 105.
Rujukan
Dato' Paduka Ustaz Hj Nik Abdul Kadir Bin Hj Nik Mohamad
Jemaah masjid
Bekas pelajar beliau
Lampiran
Jemaah masjid
Bekas pelajar beliau
Lampiran
Cuba hayati sajaknya yang bertajuk 'Doa Untuk Anak Cucu' ini, sambil kita juga berdoa untuknya.
DOA UNTUK ANAK CUCU
(Oleh: WS.Rendra)
—
Bismillaahir rahmaanir rahiim
—
Ya Allah
Di dalam masa yang sulit ini,
di dalam ketenangan
yang beku dan tegang
—
di dalam kejenuhan
yang bisa meledak menjadi keedanan
aku melihat ada muslihat
yang tak jelas juntrungannya
Ya, Allah
Aku bersujud kepadamu
Lindungilah anak cucuku
—
Lindungilah mereka
dari kesabaran
yang menjelma menjadi kelesuan,
dari rasa tak berdaya
yang kehilangan cita-cita
—
Ya, Allah
Demi ketegasan mengambil resiko
ada bangsa yang dimesinkan
atau di-zombie-kan
Ada juga yang difosilkan
atau di-antik-kan
Uang kertas menjadi topi
Bagi kepala yang berisi jerami.
Reaktor nuklir menjadi tempat ibadah
di mana bersujud kepala-kepala hampa
yang disumpal bantal tua
Kemakmuran lebih dihargai
dari kesejahteraan
Dan kekuasaan
menggantikan kebenaran
Ya, Allah
Lindungilah anak cucuku
—
Lindungilah mereka
dari berhala janji-janji,
dari hiburan yang dikeramatkan,
dari iklan yang dimythoskan,
dan dari sikap mata gelap
yang diserap tulang kosong
—
Ya, Allah
Seorang anak muda
bertanya kepada temannya
“Kemana kita pergi ?”
Dan temannya menjawab:
“Kemana saja.
Asal jangan bertanya untuk pulang.”
Daging tidak punya tulang,
untuk bertaut
Angin bertiup
menerbangkan catatan alamat
Dan rambu-rambu di jalan
Sudah dirusak orang.
Ya, Allah
Lindungilah anak cucuku
—
Lindungilah mereka
dari kejahatan lelucon
tentang Chernobyl dan Hirosima
dari heroin
yang diserap lewat ciuman
dari itikat buruk
yang dibungkus kertas kado
dan dari ancaman tanpa makna
—
Ya, Allah
Kami dengan cemas menunggu
kedatangan burung dara
yang membawa ranting zaitun
Di kaki bianglala
leluhur kami bersujud dan berdoa
Isinya persis seperti doaku ini
Lindungilah anak cucuku
Lindungilah daya hidup mereka
Lindungilah daya cipta mereka
Ya, Allah, satu-satunya Tuhan kami
Sumber dari hidup kami ini
Kuasa yang tanpa tandingan
Tempat tumpuan dan gantungan
Tak ada samanya
di seluruh semesta raya
Allah, Allah, Allah

No comments:
Post a Comment